22/12/11

melacur fiksi

Sejak kecil, aku suka perkataan. Setiap perkataan itu kalau boleh, aku ingin kutip dan simpan elok dalam balang kaca. Dan setiap kali ilham datang, aku akan kutip setiap perkataan itu untuk dirandau mesra. Agar menjadi sepotong ayat takjub. Terus melahirkan sebuah mahakarya. Mahakarya yang meniti abadi di hati mereka.

Sukar untuk menawan hati manusia. Apatah lagi aku bukan Siti Nurhaliza. Aku hanya ada nama biasa. Biasa yang manusia tidak suka jadikan pilihan jiwa. Kebiasaan itu memuakkan mereka. Melainkan jika nama aku nama yang diminati;

Dulukala, 
Aku juga mahu berdiri,
Sama tinggi rendah,
Dengan pandiang-pandiang itu,
Hakikat aku tahu,
Sundal itu kotor,
Tapi kerana perkataan,
Aku gagahkan keringat.

Walau aku tahu,
Aku tak punya nama,
Walau aku tahu,
Aku tak punya nasib,
Walau aku tahu,
Ilhamku bakal terbuang seperti bayi!

Kisah dulukala suatu perkara yang melukakan. Bila aku benci untuk mengenang, bertubi ia datang. Menusuk terjah hebat ke dalam hati yang patah dua.

Aku cuba untuk melacurkan fiksi ke setiap mata hati manusia. Semoga mereka terbuai puas melayan nafsu sendiri, dalam menyelami maksud setiap perkataan yang aku ungkapkan. Mungkin cerita aku naif tapi percayalah....bijaksana manusia juga perlu!

8 ulasan:

al-lavendari berkata...

otak saya bergegar-gegar dalam usaha cuba mengerti maksud tersirat entri ini.

ini sesi 'warm up' untuk otak saya yang sudah boroi. tahniah atas lahirnya blog kembar ini walaupun tarikh lahir tak sama.

Kunang-Kunang berkata...

Fara,

Otak akak ni tak berapa nak pandai bahasa2 tersirat ni, apa pun akan tahniah ada lagi satu blog Fara.

Pok Amai-Amai berkata...

Terima kasih Pakcik!

Terima kasih Cik Ani!

gedek! berkata...

Weiiii...! Tak aci! Ada belog lain...! JELES!


(saya suka simpan spider dalam balang kaca)

mamaNoriz berkata...

awak ke tu Fara?

oh, awk handle 2 blog ek?

Mekar berkata...

Aduh..sya dah baca tapi xfaham.

azmnor berkata...

Salam Fara..,

dah baca semua .... byk yg tersirat di balik tersurat...
byk kisah menyiat rasa hati walau pedih tak terkira....
sejarah duka buka utk warisan tapi utk tauladan bagi menjadi lebih baik lagi....Allahua`lam.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

sy rs sy mcm faham apa yg awak nk cuba smpikan.


awak. komersialkan karya awak. x rugilah.


walaupon niat awak suci berkarya demi kepuasan tp apa salahnya bakat awak dijadikan punca pendapatan.


mana tahu awak boleh jd kaya mcm J.K Rowling?


jd awak blh berenti keje dr sykt cifinafa tu kan?


:)