Memaparkan catatan dengan label prosa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prosa. Papar semua catatan

14/12/14

alasan

1 ulasan:
Aku rindu menitip kata. Tetapi, malasku berteritip. Tebal, keras, kasar dan berkematu.

Sesungguhnya, aku rindu. Argh!

2/07/12

rintik hujan

4 ulasan:
Rintik-rintik hujan itu adalah keping-keping hati. Membasah rasa cinta pada perasaan yang sepi. Membiar benci itu pergi, kering dan mati.

31/05/12

berjuang diri sendiri

6 ulasan:
Ada manusia, bijak memporak-perandakan manusia. Lagaknya hebat. Lagaknya berani. Tanpa sedar, dia hanya mampu bersembunyi. Di balik bayang-bayang sendiri.

Mereka tak berjuang untuk apa-apa melainkan diri sendiri. Tak apa. Kita saling mengerti....

30/05/12

hitam putih

7 ulasan:
Aku bernyawa di tengah garis hidup. Hitam dan putih. Dan pelangi itu warna perasaanku.

Bayangkan andai hidup tiada perasaan?

12/04/12

menunggu

Tiada ulasan:
Banyak benda aku kejar. Makin aku kejar, makin jauh ia berlari. Makin aku kejar, makin banyak berciciran apa yang aku kendong.

Serabut!

30/01/12

aku tak takut

Tiada ulasan:
Setiap tutur.
Setiap lagak.
Setiap tindak.
Setiap jeling.
Setiap kerling.

Buat aku mahu sumpah-seranah. Tapi percayalah. Dan semat dalam hati. Walau apapun api amarah membakar hati ini, mulut aku tetap berat untuk melontar kata.

...kerana aku masih ada hati dan menghormati.

mencipta asal-usul

Tiada ulasan:
Biar aku mengorek tanah sendiri. Mencipta laluan tanpa had. Demi karya yang menujah keluar tanpa henti dari kotak fikir.

Ruang itu perlu. Sebagai peringatan kelak; Andai aku sudah bersedia mendongak ke arah langit nanti, aku tak akan lupa akan tanah yang pernah memberi peluang kepada aku.

22/12/11

mukadimah suara

Tiada ulasan:
Aku tak mahu fantasi yang sudah menjadi kebiasaan. Aku mahu cerita realiti yang orang lain tak mahu biasakan. Cerita aku cerita kaki lima yang menjijikkan. Namun, kejijikan itu aku lihat kesempurnaan.

Tangan aku sudah gatal untuk bercerita.

tiang

Tiada ulasan:
Aku di perbaringan. Ranjangku adalah padang rumput yang luas. Dan aku menghadap langit kebiruan. Semakin jauh aku renung merentas lapisan awan, semakin seram aku mengenang amalan...

Subhanallah!

melacur fiksi

8 ulasan:
Sejak kecil, aku suka perkataan. Setiap perkataan itu kalau boleh, aku ingin kutip dan simpan elok dalam balang kaca. Dan setiap kali ilham datang, aku akan kutip setiap perkataan itu untuk dirandau mesra. Agar menjadi sepotong ayat takjub. Terus melahirkan sebuah mahakarya. Mahakarya yang meniti abadi di hati mereka.

Sukar untuk menawan hati manusia. Apatah lagi aku bukan Siti Nurhaliza. Aku hanya ada nama biasa. Biasa yang manusia tidak suka jadikan pilihan jiwa. Kebiasaan itu memuakkan mereka. Melainkan jika nama aku nama yang diminati;

Dulukala, 
Aku juga mahu berdiri,
Sama tinggi rendah,
Dengan pandiang-pandiang itu,
Hakikat aku tahu,
Sundal itu kotor,
Tapi kerana perkataan,
Aku gagahkan keringat.

Walau aku tahu,
Aku tak punya nama,
Walau aku tahu,
Aku tak punya nasib,
Walau aku tahu,
Ilhamku bakal terbuang seperti bayi!

Kisah dulukala suatu perkara yang melukakan. Bila aku benci untuk mengenang, bertubi ia datang. Menusuk terjah hebat ke dalam hati yang patah dua.

Aku cuba untuk melacurkan fiksi ke setiap mata hati manusia. Semoga mereka terbuai puas melayan nafsu sendiri, dalam menyelami maksud setiap perkataan yang aku ungkapkan. Mungkin cerita aku naif tapi percayalah....bijaksana manusia juga perlu!

tulang rusuk

3 ulasan:
Di saat aku dipetik dari salah satu rusukmu,
Aku sudah tahu di mana tempatku berteduh...

Hati.

21/12/11

hati dihurung semut

1 ulasan:
Hati aku dihurung semut,
Semut yang membawa seribu duka.

Pedih.

bawah tidak, atas jauh, mungkin tengah?

1 ulasan:
Sigai nyatoh utuh,
Datang si anai,
Jatuh mereput.

Si anai kecil,
Taring gah bak keluli.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.