Anna bersiap-sedia untuk beredar dari situ. Tinggalkan apa yang dia kejar.
“Come on Anna!
Kau baru sampai KL. Takkan nak balik JB?”
Fazrin cuba
menghalang. Namun, Anna tegas dengan pendirian. Tak ada sebab untuk dia terus
menunggu. Fazrin sudah berpunya. Fazrin sudah tidak lagi bersedia untuk
mendengar setiap keluh-kesahnya.
“Tak apalah. Aku
ok. Kau pergilah. Girlfriend kau dah lama tunggu situ,”
“Sekurang-kurangnya,
tunggulah sehari lagi. Kau baru saja sampai dari JB,”
“Rin, jangan
risaukan aku. Aku bukan budak kecik lagi,”
Pandang mata Fazrin
jatuh ke lantai. Khuatir jika sedihnya dipandang Anna. Hakikat hati sudah
meraung tangis. Dia kecewa kerana gagal menakluk hati perempuan ini. Kalau
dulu, dia mengharap hati. Tetapi kini, dia terpaksa menolak tepi.
Bersambung...
1 ulasan:
Nak tahu selanjutnya. Baru 2 muka tapi dah tahu cerita ini mesti best!
Next please!
Mwahahahaaa...
Catat Ulasan