Siapa aku?
Adakah aku yang mereka
panggil sundal?
Adakah aku yang mereka
gelarkan jalang?
Adakah aku yang mereka
katakan perempuan murahan?
Persetan!
Aku tak pernah ambil peduli.
Siapa aku?
Aku adalah aku sendiri.
Aku adalah puteri gelandangan. Aku berkhayal fantasi dengan kemahuan
sendiri. Bila jiwa sepi, aku hiburkan dengan iringan muzik hap aeolia. Sambil
mengibas sayap bidadari. Dan cuba terbang tinggi. Setinggi yang mungkin aku
boleh pergi. Bukan setakat Menara KLCC. Tapi mungkin mencecah ke bimasakti. Agar
aku boleh bermain dengan Venus. Mencelah riang di antara bintang-bintang.
Dan kupu-kupu kehidupan berterbangan mengiringi aku yang berapungan di
udara. Membawa aku ke dunia yang lebih berwarna-warni. Dan menjejak aku ke
aspal berbalut baldu. Menunjuk arah ke sungai madu yang berhias titi pelangi.
Aku mahu menyeberang titi itu hingga ke penghujungnya. Dan mahu terus berkelana
di sini. Meninggalkan sisi gelap di alam realiti. Dan rakyat jelata bumi yang
lebih suka menjadi Tuhan dari menjadi hamba abdi(Nya);
Kalau aku menghuni di sisi gelap,
tarik aku ke sisi terang,
Usah mengeji kerana kamu
bukan Tuhan,
Tarik aku, tampar aku dan
tunjukkan aku di mana cahaya Tuhan,
Bukan campak aku, tendang
aku jatuh ke lubang hitam.
Aku adalah lambang kekosongan. Jiwa penuh lara. Perasaan tiada cinta. Aku
mungkin kebuluran kasih kerana aku manusia delusi yang mencintai halusinasi.
Aku lebih suka berkawan dengan pelangi. Dari bersekongkol dengan manusia bumi.
Jika aku disuruh menikmati duniawi, aku lebih rela melemaskan diri di dalam
lautan sepi. Dan biarkan aku ketawakan pada nasib sendiri.
Pecahkan hati ini. Apa lagi yang ada? Apa lagi yang tinggal? Tiada. Walau
berlinang airmata. Ia tidak pernah bawa aku ke mana-mana. Tiada lagi. Tidak
akan lagi. Dan sudah tiada apa-apa lagi. Apakah ada yang sudi menghulurkan tangan?
Sudi membimbing ke pangkal jalan? Sudi mengajak aku menemui cahaya Tuhan?
Aku semakin lemas dibaham
noda hitam,
Semakinku terkapai, semakin
kuat sentuhan itu menghentam,
Di saat ini, aku membayang
saat kelahiran,
Saat aku tergelincir dari
rahim seorang ibu,
Saat aku menikmati nafas
pertama di bumi,
Saat aku masih bertelanjang
dengan dosa-dosa ini.
Aku masih mengharap cahaya itu datang. Aku mengharap agar
sempat menghidu bau kemanisan syurga. Izinkan cahaya itu memancar sinar.
Untuk aku pegang. Untuk aku keluar dari lubang hitam. Sedang aku tahu, tangan-tangan makhluk hitam ini akan rakus menyentap
tubuhku. Dan menenggelamkan aku ke dasar neraka. Aku menunggu hukuman
seterusnya.
8:45 AM.
Hotel murah.
Bilik 104.
Serpihan hablur ice baby.
Botol Thai Song kosong.
Puntung rokok kretek.
Mati.
13 ulasan:
awak pandai mengarang, bermadah dan bermain bahasa..pernah hantar karya tak ke majalah atau mana2 pun? kalau buat skrip drama pasti hebat kann
memang berbakatlah cayang :)
menarik! ada mesej yg ingin disampaikan. perkataannya pun masih boleh difahami.
kadang2, kita tidak boleh terlalu mengharap agar cahaya itu datang.. bahkan kita yg perlu melakukan sedikit usaha dengan berjalan menuju kepada cahaya yang terang.. (",)
btw, karya yg menarik.. (",)
setuju dengan fuad ansari...apa kata masuk kan elemen taubat dr dlm diri mangsa supaya nilai2 murni itu dpt keluar menyentuh jiwa hitam yg lain utk bertaubat sama atau jiwa perasan putih utk tlg membantu...
mungkin kena sakit HIV positif,bertaubat selagi belum terlambat,dr mati tanpa taubat walau sedar tentang dosa,cdgn saya sahaja...
bahasa puitis,tk tergambar difikiran saya..good luck :)
moga menemui sinar yg diharapkan...pasti bukan dgn hanya menunggu...mulakan dgn alunan langkahmu..
aku suka pd hasil karyamu...
karya yang berani dan ayat yg cntik (pada pandangan saya yg tak pro nie)
tapi hidup mmg kena berani..berani untuk berubah ;)
kita semua pernah tergelincir dari sirat yang benar, menghulurkan tangan lebih baik dari menghakimi...
Inilah kamu..bercerita dibalik kata...menyelongkar ditabir realiti tarikan sebuah nafas.. terperangkap dlm kehidupan penuh hanyir dan menjijikkan dimata....menyingkap sisi yg semakin hari pudar...menyorot semula zaman lampau yg tak akan bersua lagi namun tetap berharap suluhan nur suci menghampiri diri di sebuah tempat yg rata-ratanya dikunjungi Dajjal dlm diri seorg lelaki...
Assalamualaikum Fara
sudah ada kesedaran
Insyaallah
Allah permudahkan
semoga 'aku' sebersih disaat dia menerima nafas yg pertama
aku rasa,"aku" itu perlukan bimbingan agar dia rasa tidak kosong.
ni mesti kaki dvd ni..? cerita ni memang superb r, insyaAllah.. kalau betul niat kita nak brubah.. pasti ada bantuan Allah yg mnyusul..
berbakatnya dia..huhuhuhuh
gud-gud..
http://qasehraihan.blogspot.com/2012/06/seksanya-mesej-guna-henpon-touch-skrin.html
Catat Ulasan