Bersipongang nyaring
jeritan Tepek, membikin bakar rentung si hati Gasi. Tepek melompat riang sambil
menjulang genggam ke udara.
Glory, glory, Man. United! And the reds go marching on,
on, on!
Berkali-kali Tepek
menyanyi sumbang, memprovokasi. Membalas tindak Gasi yang terlebih dahulu
gembira kerana gol pertama. Malang buat Gasi, pasukannya kalah bila tiba ke
minit akhir perlawanan.
Ah! Referee berat sebelah! F*ck off la!
Gasi mengeji bengang.
Bertambah kusut melihat Tepek bagai diserang sawan. Melompat riang seperti
monyet terkena belacan.
Game dah habis la beb! Sejarah dah tercipta. Berat
sebelah ke...berat dua belah ke....terima kenyataan yang team kau dah kalah!
Tepek menjolok sarang tebuan.
Gasi mendengus marah. Tidak menunggu lama, dia terus meninggalkan Tepek
seorang.
Aik? Merajuk masuk bilik ke?
Tepek mengejek sambil
mengernyih sinis. Tidak endah pada rajuk Gasi, Tepek kembali melangut TV.
Sedang dalam hati digeletek rasa gembira yang tidak bertepi; Nasib baik aku tak betting. Kalau tak, kayo
pakcik!
Selang minit, Gasi
muncul dengan sebilah sabit tajam. Terbuntang biji mata Tepek melihat rakan
serumahnya dirasuk amuk.
Eh, apahal kau ni Gasi? Takkan team kau kalah, kau nak
bunuh aku!
Tepek bangkit dari
duduk, cuba bertempiar lari. Namun, gerak tindak Gasi lebih pantas.
Glory, glory kepala hotak kau!
Serentak dengan
jerit-jerkah, Gasi menyabit leher jinjang Tepek hingga terpisah kepala dari
badan. Darah membuak pancut, memercik merata. Gasi berdekah ketawa puas, sedang
Tepek menggelepar bagai ikan lemas di daratan.
Lain kali, sebut YNWA!
Gasi meludah tanda
benci.
Hoi! Hoi! Main kasar nampak?!!!
Tepek menyergah dari
sudut ruang.
Sudah-sudahlah maki-hamun aku! Mana pulak badan aku ni?
Terhegeh-hegeh, lembab! Cepatlah woi! Rimas aku tak bertangan kaki ni!
Tepek menghamun-cerca
pada diri sendiri. Entah ke mana kaki melangkah dan ke mana pula tangan
menghala, cuba mencari di mana tercicirnya kepala. Gasi mengeluh jelik. Malas
menunggu, dia mengutip kepala Tepek lalu mencantum semula pada badan.
Pening kepala aku tengok badan kau melilau cari kepala
sendiri. Nah, biar aku tolong cantumkan!
Tepek mengernyih suka.
Terima kasih beb. Susah-susah je.
Mereka berdua
berpandangan sesama sendiri sebelum ketawa besar bersipongang ke segenap alam.
*****
Setiap kali game Man.U dengan Liverpool, rumah tinggal tu
mesti riuh-rendah. Kadang-kadang, aku dengar orang jerit, gol! Kadang-kadang,
aku dengar orang gelak-gelak besar. Menakutkan weh!
Cerita Krishna membikin
dua orang sahabatnya melopong nganga.
Rumah tinggal? Rumah nombor 4 tu? Eh, bukan ke rumah tu
pernah ada kes bunuh kawan serumah? Dengar cerita, rakan serumahnya menyabit
kepala,kan?
Bagai malaikat lalu, soal tanya Faizal disambut sepi. Dan
cerita itu terus mati tanpa penghujung.
5 ulasan:
kaka fara...tgk2!! ayat dia, fenin tau ain nak faham..lama2 ok sgt! sambung pless...^_^
hushhhhh..
menakutkan..
mujur ayu xsuka bola
Nampaknya hantu pun tengok bola. Mungkin mereka orang ke-97 dan 98, kalau Saudari faham maksud saya.
Oh, saya sudah 'follow'!
fara,nape lama tak update di pokamaiamai..sunyi lah..
pergh ganas giler main sabit-sabit kepala
Catat Ulasan