14/12/14

alasan

1 ulasan:
Aku rindu menitip kata. Tetapi, malasku berteritip. Tebal, keras, kasar dan berkematu.

Sesungguhnya, aku rindu. Argh!

19/06/13

believe in me as I believe in you

5 ulasan:



buses and train - bachelor girl

1 ulasan:
Hey Mom
Why didn't you tell me
Why didn't you teach me a thing or two
You just let me go
Out into the world
You never thought to share what you knew

So I walked under a bus
I got hit by a train
Keep falling in love
Which is kinda the same
I've sunk out at sea
Crashed my car, gone insane
And it felt so good
I want to do it again

Hey Mom
Why didn't you warn me
Coz about boys is something i should have known
They`re like chocolate cake
Like cigarettes
I know they're bad for me 
But I just can't leave 'em alone

So I walked under a bus
I got hit by a train
Keep falling in love
Which is kinda the same
I've sunk out at sea
Crashed my car, gone insane
And it felt so good
I want to do it again

Hey Mom
Since we're talking
What was it like when you were young
Has the world changed
Or is it still the same
A man can kill and still be the sweetest love.

9/06/13

helena

3 ulasan:
“Aku sakit kerana kau. Jiwa aku parah dan berdarah kerana terlalu merindu. Hari-hari yang aku lalui, seperti tersesat dalam sepi. Aku hilang punca. Aku hilang arah. Dan aku marah. Tapi, pada siapa atau pada apa patut aku lepaskan amarah ini?"

Di atas bangku batu itu, Jazri merintih sendiri. Duduk di situ, sambil menunduk kaku. Cuba dan terus cuba, merayu cinta gadis bernama Helena. Helena, berdiri cegat di sisi. Bergaun Victorian, dengan solekan smokey pada wajah pucat lesi. Cuba memuntahkan emosi sayu pada wajah. Namun, ekspresi mati di situ. Walau hati luluh, namun niat tidak pernah sampai. Dia cinta pada Jazri, namun cintanya bermain tarik tali. Sekejap dia teruja dan berahi. Sekejap dia berundur dan membenci

“Aku sudah lepaskan kau. Kau patut pergi. Bukan berkurung diri dengan perasaan kau sendiri. Kau yang mahu, sepi itu membelenggu diri,”

Jazri memekup wajah. Lantas bangkit dari duduk lalu merapati Helena. Dan melepaskan pandangan kejam pada gadis itu.

“Sial! Kau datang pada aku, kau beri harapan palsu! Kemudian kau pergi. Kau tarik balik cinta itu. Dan kini, kau mahu salahkan aku?”

Jazri meludah benci dengan jerit-jerkah. Namun, tidak sedikit pun buat Helena berganjak. Walau nafasnya turun naik, menahan diri dari merasa benci; Lelaki ini tidak mengerti. Tak apalah. Biar aku rungkaikan misteri, kenapa cinta ini tak patut dimiliki. Biar dia tahu, kenapa aku menahan diri dari terus mencintai dan dicintai. Biar semuanya terbongkar.

Helena bermain rasa dengan jari-jemari Jazri. Lantas menggenggam erat. Lalu dileraikan. Dan mengusap wajah Jazri yang kusam dan kelam. Dari rambut, jarinya jatuh ke bibir. Dan tubuh sasa Jazri itu, didakap rapat dan erat. Seperti terlalu sayang. Seperti terlalu cinta. Seperti tidak mahu lepaskan, sampai bila-bila. Dan Jazri mengambil kesempatan, membalas dakapan itu. Sambil menghela nafas lembut. Dan melepaskan segala beban di dada.

Di balik gaun kembang dan panjang, terselit pisau belati kecil. Tajam menikam. Bisa membunuh nadi manusia, dalam sekelip mata. Helena tidak menunggu lama. Dengan pisau itu, dia menetak dan menoreh leher Jazri. Lalu cuba menyembelih dan menceraikan kepala dari badan. Darah membuak percik di mana-mana. Dan leher itu terus galak memancut darah segar. Walau tubuh itu sudah layu menyembah tanah.

Helena tidak perlu menunggu kata-kata terakhir dari Jazri. Cukuplah cinta yang teramat dalam dari lelaki itu, untuk dirinya.


Pengorbanan manis itu perlu, jika kau terlalu mencintai.

6/06/13

sonnet - the verve

1 ulasan:
My friend and me
Looking through her red box of memories
Faded I'm sure
But love seems to stick in her veins you know

Yes, there's love if you want it

Don't sound like no sonnet, my lord
Yes, there's love if you want it
Don't sound like no sonnet, my lord
My lord

Why can't you see

That nature has its way of warning me
Eyes open wide
Looking at the heavens with a tear in my eye

Yes, there's love if you want it

Don't sound like no sonnet, my lord
Yes, there's love if you want it
Don't sound like no sonnet, my lord
My lord

Sinking faster than a boat without a hull

My lord
Dreaming about the day when I can see you there
My side
By my side

Here we go again and my head is gone, my love

I stopped to say hello
'Cause I think you should know, by now
By now
By now
By now
By now
By now
Oh, by now
Oh, by now
Oh, by now
Oh, by now

5/06/13

tegar

3 ulasan:
Lautan tidak akan membeku
Jadi longgarkan hati
Usah endahkan kata-kata liar
Kerana kita tidak akan tewas dalam medan perang cinta
Kita pasti menyinar selamanya

4/06/13

detik 365 - siri akhir

2 ulasan:
Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8

Anna masih di sini. Di atas katil pengantin yang suram dan kelam. Menangis teresak-esak seperti anak kecil . Tak sudah meratap sepi; Kalau aku mampu kembali pada hari pertama dulu. Kalau aku tahu, dia sudah sekian lama mencintai aku. Tak mungkin 365 hari ini berakhir dengan sia-sia.

HARI PERTAMA

“Hey, kenapa menangis? Malu dipandang orang,”

Anna mendongak. Mencari arah datang suara. Di hadapannya, Fazrin berdiri cegat sambil menguntum senyum.

“Nah....kesat airmata kau dengan handkerchief aku,”

Fazrin menghulur lipatan sapu tangan berwarna biru. Anna tidak menolak. Dengan gelojoh, dia mengesat sisa airmata dan hingus yang dari tadi meleleh comot.

“Terima kasih. Sorry, kain kau kotor. Lain kali aku pulangkan, boleh?”

Ujar Anna usai tangisnya reda. Fazrin hanya mengernyih.

“It’s ok...kau nak simpan pun tak apa,”

Jawab Fazrin, ceria; Sebenarnya, aku dah lama perhatikan kau. Setiap petang pun, rutin kau pasti di sini. Pulang dari kerja atau kelas, entah aku pun tak tahu. Kalau bukan kerana airmata itu, tak mungkin aku punya kekuatan untuk mendengar suara kau yang lunak merdu itu.

“Simpan? Ok....,”

Anna mengernyih. Kekok dengan perkenalan ekspres ini. Namun, sedikit sebanyak menenangkan.

“Aku pergi dulu. By the way, thanks again for the handkerchief,"

Anna menunduk, tersipu-sipu malu. Fazrin mengangguk; Kau dah nak pergi? Come on Rin! Mintak nombor telefon dia. Pleasee!

“Ok,”

Ringkas tutur kata Fazrin. Membiarkan Anna beredar pergi. Meninggalkan dirinya yang masih menguntum senyum walau hakikat hampa. Jauh di sudut hati, dia amat berharap agar Anna berpaling ke arahnya dan meminta supaya perkenalan singkat ini dipanjangkan sampai bila-bila; Satu, dua, tiga, empat, lima....

Kecewa. Anna terus berlalu pergi. Bersama sapu tangan birunya; Kalau ada jodoh, kita mesti jumpa lagi!

3/06/13

detik 365 - siri 8

1 ulasan:

15 MINIT SEBELUM

Fazrin tidak terus pulang ke rumah. Langkah kakinya melencong ke arah kedai serbaneka. Tekaknya perlu dibasahkan. Hausnya sangat terasa. Pintu peti sejuk itu dikuak lebar. Matanya meliar memilih jenama minuman. Air isotonik berkarbonat itu dicapai lalu dibawa hingga ke kaunter bayar.

Sebaik menyambut duit baki, Fazrin terus beredar keluar dari kedai. Air berkarbonat sejuk itu direguk bertalu-talu hingga tinggal separuh. Fazrin menerus langkah pulang. Menyusuri kaki lima kedai. Sehingga ke hujung jalan, dia melewati bank jenama tempatan. Di situ, terbit satu pemandangan luar biasa. Empat orang lelaki yang kelihatan tergesa-gesa meninggalkan premis. Setiap dari mereka, menjinjit karung hitam yang entah berisi apa. Fazrin masih di situ. Cuba meneliti apa yang mereka sedang lakukan. Tidak dijangka, salah seorang dari lelaki itu bertentang pandang, membikin Fazrin tersentak di situ. Lelaki itu bertindak mengacukan sepucuk pistol Revolver .22mm calibre. Tidak semena-mena tembakan dilepaskan, mengena tepat pada dahi Fazrin.

 “Hoi! Kenapa kau tembak?!”

“Aku tak sengaja. Aku terkejut tengok dia asyik perhatikan kita. Aku cuma nak takutkan dia aje. Tapi...,”

“Kau ni menyusahkan! Dah, cepat blah! Sebelum orang nampak!”

Pertelagahan di antara mereka berakhir di situ. Sepantas kilat, Perdana V6 meluncur laju meninggalkan mesin ATM yang sudah rompong dirobek samseng murahan.

Tubuh Fazrin masih di situ. Terbaring lesu di kaki lima kedai. Darah merah pekat menguasai sebahagian besar lantai simen berjubin. Dan di sisinya, telefon bimbit berdering tak sudah. Tidak lama kemudian, orang awam mula memenuh suasana.  


Bersambung...

2/06/13

detik 365 - siri 7

Tiada ulasan:

Awal pagi, tenang dan dingin. Namun rumah ini sudah hilang sepi. Masing-masing bermain peranan, membuat persiapan. Ada yang masih menyusun bunga telur.  Ada yang bertungkus-lumus bersiap untuk menggulai lauk jamuan. Ada yang masih menggiling rempah-ratus untuk dibuat bumbu sambil mulut terkumat-kamit menghalau rasa sunyi. Anna tidak ketinggalan. Usai Subuh, dia sudah menyinsing lengan baju menyiapkan sarapan untuk para ‘rewang’. Menggoreng dua paket mihun lada hitam dan membancuh dua jag besar teh kosong. Usai semua, dia sudah dihalau para ‘rewang’ dari menjengah dapur dengan alasan; Pengantin jangan cemar duli dalam dapur lagi. Jaga seri kamu! Anna akur dengan wajah kelabu. Namun tidak tinggal dengan kernyih busuk.

Anna buntu. Dia tidak betah berdiam diri. Walau bakal raja sehari, bukan alasan untuk dia bergoyang kaki. Di saat keseorangan, ingatannya beralih pada Fazrin; Apa khabar agaknya tunang aku tu? Anna meluru masuk bilik, mencari-cari telefon bimbit;  Mesej Fazrin, sudah 15 minit. Anna tidak menunggu lama, gelojoh membaca pesanan ringkas kiriman Fazrin. Dahi menerbit kerut, sebaik usai meratah setiap patah kata. Anna segera mendail nombor telefon kekasihnya.

“Ish! Dari tadi aku call, tak berangkat. Mana dia pergi? Sibuk bersiap ke?”


Bersambung...

30/05/13

detik 365 - siri 6

1 ulasan:

Pagi ini seperti yang paling indah. Matahari memancar sinar. Burung-burung kecil bertempik kicau, nyaring namun menenangkan. Mereka adalah pemuzik yang menghibur alam semesta dengan konsert orkestra merdu. Dan bunga-bunga liar yang berkembang cantik itu adalah konduktornya. Menyusun nota-nota lagu demi kesempurnaan dan keseimbangan.

Entah kenapa bila semakin hampir waktu untuk dinikahkan, rasa rindu kian menebal dan membara. Larian tidak sampai 500 meter, Fazrin sudah berniat mengirim pesanan ringkas buat kekasih hati.

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Demi hari ini. Demi cinta ini. Aku harap masa itu panjang. Petiklah rusukku untuk kamu berlindung di bawah hati ini.

Sudah solat Subuh?

Fazrin menguntum senyum sendiri. Larian diteruskan. Sekejap menyusur di kaki lima. Sekejap lagi, melintas jalan yang tak putus dengan motosikal dan kereta. Dan bila melewati simpang jalan berlampu isyarat, Fazrin setia menunggu lampu merah untuk menerus gerak. Dia berlari dan terus berlari hingga cukup 20 minit. Janji kepada ibu wajib ditepati. Dia tidak mahu Mama Sal susah hati. Menunggu pulang dia di muka pintu. Hati orang tua tidak seanjal anak muda. Mereka mudah rapuh walau zahirnya tidak ditunjuk. 

Bersambung...

29/05/13

detik 365 - siri 5

1 ulasan:

365 HARI KEMUDIAN

Fazrin bergegas menyarung kasut lari. Dia sudah bersedia untuk memulakan larian. Larian rutin yang dia lakukan setiap usai Subuh. Belum sempat memula langkah, ibunya menjengah.

“Hari ni, kan hari nikah. Kenapa nak jogging juga?”

Fazrin mengernyih sebaik ditegur Mama Sal. Sambil menggaru kepala yang tidak gatal, dia datang dekat pada ibunya. Pantas memeluk dan mencium pipi Mama Sal, berulangkali.

“Entahlah Ma....dah terbiasa dengan rutin. Tak boleh tak lari. Kalau tak, hari saya serba tak kena,”

Jawab Fazrin, mengundang rasa tak senang  pada Mama Sal. Fazrin dicalar rasa bersalah.

“Mama....jangan risau, ok? Bagi Rin 20 minit je. Tak lama pun,”

Mama Sal mengeluh. Dia mengalah, mengizinkan walau gusar dan pasrah.

“Suka hatilah Rin. Jaga diri baik-baik,”

Ringkas. Hanya itu yang Mama Sal mampu. Sekuat mana dia melarang, Fazrin tetap tidak mengendah. Dia faham benar sikap anak lelakinya itu. Fazrin kepalang gembira. Tak tertahan emosi, dia merangkul tubuh gempal Mama Sal. Peluk cium sebelum tangan tembam wanita bergelar ibu itu dikucup penuh sayang.

Bersambung...

detik 365 - 4

1 ulasan:

Anna menyeka airmata. Cuba menyembunyikan wajah duka dari ditenung ramai. Pipinya yang basah, dikesat kering. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya; Fuh! Sabar hati. Sabar....nyah kau duka! Aku dah tak larat nak menanggung derita!

Landasan LRT yang kosong itu, direnung dalam; Kenapalah aku sanggup datang KL? Kenapalah aku cari Fazrin? Kenapalah aku terhegeh-hegeh menagih kasih-sayang dia? Kenapa? Kenapa?.......dan kenapa, aku tidak sedar yang aku sudah lama jatuh cinta dengan dia?

Sekali lagi, dia banjir dengan airmata. Makin lama makin deras alirannya. Dan Anna tidak mampu menahan tangisan. Dia berselindung di balik rambut lurus panjang.

“Hey, kenapa menangis? Malu dipandang orang,”

Anna tersentak. Suara itu sangat dia kenal. Pantas dia menoleh.

“Fazrin?”

Anna menggenyeh pipi yang basah dengan airmata lekit.

“Nah....kesat airmata kau dengan handkerchief aku. Kau ingat, handkerchief ni? Aku pernah hulur pada kau, suruh kau kesat airmata sebab frust dengan x-boyfriend lama?”

Tiada reaksi dari Anna walau Fazrin tak sudah mengernyih wajah. Fazrin datang dekat pada Anna. Pantas tangannya menarik beg yang disandang Anna. Anna cuba melawan tapi akhirnya, dia lepaskan.

“Kali ini, aku takkan lepaskan kau....jangan balik JB dulu,”

Bisik Fazrin dekat ke cuping telinga. Anna mereguk liur sendiri.

Bersambung...

365 detik - 3

1 ulasan:

Anna berpaling dari Fazrin. Airmata mula menitis. Sengaja dia biarkan. Aturan langkah menjadi pantas. Malah, lebih pantas dari biasa. Dia mahu lari jauh. Jauh dari Fazrin. Jauh dari sesiapapun. Dia melewati penghadang automatik. Menyumbat masuk pas token, dan terus maju  ke arah landasan LRT.

Sedang Fazrin masih berdiri cegat di situ. Hanya memerhati kujur tubuh Anna berlalu pergi. Dari awal, hingga hilang dari pandang mata. Dan dia mereguk liur sendiri. Di bawah sedar, Laila datang menghampiri.

“Macam mana? Mahu gerak sekarang?”

Soal tanya Laila, membikin senyum dari wajah Fazrin. Namun, kelat tanpa rasa. Laila turut menguntum senyum, lalu memberi isyarat pergi. Fazrin membulat biji mata.

“Pergilah....kejar dia. Tak guna menahan hati,”

Ujar Laila, tanpa putus dengan senyuman. Fazrin menggeleng kepala.

“No...no Laila...cukuplah kisah I dan dia,”

“Are you sure?”

Fazrin kaku. Merenung wajah Laila, sedalam-dalamnya.


Bersambung...

7/05/13

365 detik - 2

1 ulasan:
Siri 1

Anna bersiap-sedia untuk beredar dari situ. Tinggalkan apa yang dia kejar.

“Come on Anna! Kau baru sampai KL. Takkan nak balik JB?”

Fazrin cuba menghalang. Namun, Anna tegas dengan pendirian. Tak ada sebab untuk dia terus menunggu. Fazrin sudah berpunya. Fazrin sudah tidak lagi bersedia untuk mendengar setiap keluh-kesahnya.

“Tak apalah. Aku ok. Kau pergilah. Girlfriend kau dah lama tunggu situ,”

“Sekurang-kurangnya, tunggulah sehari lagi. Kau baru saja sampai dari JB,”

“Rin, jangan risaukan aku. Aku bukan budak kecik lagi,”

Pandang mata Fazrin jatuh ke lantai. Khuatir jika sedihnya dipandang Anna. Hakikat hati sudah meraung tangis. Dia kecewa kerana gagal menakluk hati perempuan ini. Kalau dulu, dia mengharap hati. Tetapi kini, dia terpaksa menolak tepi.  


Bersambung...

24/04/13

365 detik - 1

1 ulasan:
“Sudahlah Anna. Cukuplah drama tarik tali kau. Aku penat,”

Fazrin melepas nafas yang terdalam. Sengaja ditayang keluh di hadapan pandang mata Anna sendiri; dia tidak seperti dulu. Sejak tiba di sini pagi tadi, keadaannya tidak terurus. Kusut-masai. Selekeh. Tak terjaga.  Anna menunduk bisu. Kelu lidah untuk menerus kata. Terimbas kembali di masa dulu. Saat pertemuan pertama. Saat terjalin perhubungan akrab di antara dua jiwa; Kalau boleh, aku mahu lari ke masa itu. Aku mahu kembali pada pertemuan lalu.

“Tapi, aku tak berkenan dengan teman baru kau tu. Entah-entah, kougar? Cuma nak jadikan kau, anak ikan,”

Anna bersuara selamba setelah lama membeku. Bibirnya menjuih ke arah perempuan separuh usia, yang santai bersandar di tepi kereta buatan Jepun berwarna hitam. Fazrin ketawa sendiri, sambil menggeleng kepala. Jenaka dengan sikap kebudak-budakan Anna.

“Dahlah Anna. Aku tahu, kau datang pada aku sebab kau masih kecewa dengan kekasih lama. Dah berapa lama kita kenal? 10 tahun, kan? Bila kau sepi, kau datang pada aku. Bila kau sedih, kau datang pada aku. Tapi bila aku mahu berkongsi cerita, kau tak pernah ada masa untuk aku. Entahlah Anna. Dahlah! Aku malas nak cerita benda-benda lama. Merepek. Jomlah ikut kami ke KL. Ada event kat sana. Kau dijemput,”

Ujar Fazrin, berbaur emosi. Seboleh-boleh dia mahu menyembunyikan rasa kecewa, namun tiada daya. Anna menyuak rambut yang panjang. Mengernyih tanpa sebab.

“Tak apalah. Terima kasih. Aku tak nak jadi penyibuk. Kau pergilah. Aku ingat, aku nak balik,”

Bersambung....

23/04/13

tasik

Tiada ulasan:
Zalia mencungap mengah. Sesekali, mengesat dahi yang lencun keringat. Matanya meliar menghadam pemandangan tasik. Hening dan cantik, namun sepi. Dan pandang mata Zalia menyinggah ke tubuh gemuk Syila. Masih berlari anak di belakang.

Zalia menerbit senyum. Bersungguh Syila menanam azam mengurangkan berat badan dengan aktiviti fizikal. Jauh di sudut hati, Zalia mengagumi rakan serumahnya dalam mengotakan cita-cita.

"Rehat dulu, babe. Kejap lagi, kita continue...cukupkan 5 round,"

Zalia bersenam ringkas. Tidak berhenti mendadak, khuatir hilang daya untuk meneruskan larian. Syila hanya mengangguk sambil meneguk  minuman. Matanya tak sudah menikmati pemandangan tasik yang cantik. Airnya kehijauan, saujana mata memandang. Redup suasana dihias pohon beringin sana sini.

"Tasik sini cantik. Tapi aku pelik, sunyi sepi. Tak ada orang jogging. Tak ada budak-budak main kat playground. Tak ada couple sibuk dating,"

Syila mengomel sendiri, mendorong Zalia untuk memandang keliling. Benar, tasik ini sunyi. Sepanjang larian, tidak terpacul walau sekujur jasad bernyawa singgah ke sini. Apa yang ada hanya mergastua kecil, bermaharajalela dengan dunia mereka sendiri.

"Bila tenung ke tengah tasik lama-lama macam ni, seriau pulak rasa. Kau tengok....berdiri bulu roma aku,"

Zalia menghulur lengan untuk ditatap rakannya. Syila tak ambil peduli, sambil mengernyih sinis.

"Ah, kau....mula nak merepek! Asyik nak bercerita mistik. Jomlah sambung lari. Hari pun dah lewat petang....,"

Syila bersiap-sedia untuk meneruskan larian. Hakikatnya, dia juga disergah rasa seram. Serta-merta mengalih pandang. Tak mahu menyaksi yang bukan-bukan.

"Aku tak sedap hatilah, Syila....baik kita balik....,"

Entah apa yang merasuk kotak fikir Zalia, spontan berputus untuk pulang. Syila mengeluh. Semangat untuk berlari masih menyala kobar di dalam hati. Jika pulang sekarang, mereka hanya sempat berlari dua pusingan. Peluh pun kurang menjejeh.

"Ala....tak ada apalah babe. Ok je. Kau nak takut apa? Takut air tasik ni ke? Takut ada raksasa? Hah, tengok aku kocak air ni. Tak ada apa keluar pun!"

Syila duduk bertinggung, sambil tangan mengocak air di tepian tebing. Tak sudah mengekek ketawa seolah mengejek. Zalia biasa disakat begitu. Syila gemar perlekeh sikap penakutnya.

Selang minit, air tasik menerbit ombak. Makin lama makin membesar. Mengoleng ratusan teratai yang berapungan di permukaan. Zalia kaku, kaget dengan apa yang disaksi. Matanya terbuntang bulat. Sambil jari menunjuk ke tengah tasik. Namun, tak terlontar suara untuk menyampai kata.

"Hey! Kau kenapa Lia? Macam tersampuk hantu air?"

Zalia tergesa-gesa mengundur langkah. Hingga terjelepok jatuh menyembah tanah. Air tasik berkocak hebat, mengundang takut pada mergastua. Bertempiaran terbang setiap daripadanya. Di balik kocakan besar, muncul lembaga hodoh dan besar. Kulit penuh berlumut, keras dan kematu. Sesungutnya berselirat, meliar di awangan. Seolah menghidu mangsa untuk disantap rakus.

Belum sempat Syila berpaling ke tasik, serta-merta sesungut gergasi membelit keras tubuh gempalnya. Lalu dijulang ke langit bertalu-talu. Dan terus membenam diri ke dalam tasik, membawa sama jasad Syila yang sudah hilang nyawa.

Zalia membungkam beku, terus pandangan menjadi gelap gelita.

28/01/13

hujan - bahagian 2

Tiada ulasan:

Asyik saja Rizal mencumbu bibir mungil Wanda. Bersimpul lidah tatkala bertemu. Dan tangannya ligat saja meraba apa saja yang ada; di punggung, di dada dan di mana saja yang dia ingin kerana Wanda merelakan apa jua cara.

Love you so much sayang.....love you, love you, love you

Hanya itu yang diungkapkan Rizal, seolah kering idea untuk melontar bicara cinta yang lain. Sedang jiwanya hanya satu, nafsu. ‘Batang kayuh’ ini sudah bersiap-sedia untuk ‘mendayung’. Apalagi bila melihat Wanda sudah lemas dalam kebasahan. Dan mendesah resah, seolah tidak sabar.

Krekkkk......duummm!!

‘Dayungan’ Rizal terhenti seketika. Serentak mereka menoleh, mencari arah ke mana datang bunyi. Rizal resah. Kotak fikirnya hanya memikirkan Jabatan Agama; Mampus aku! Aku tak nak kena kahwin dengan perempuan ni...

Wanda menolak Rizal dari terus menindih. Gebar nipis itu dijadikan perisai tubuh telanjang. Belum sempat kaki menginjak ke lantai, terpacul tubuh besar berkepala botak meluru datang. Tangan kanan kemas menggenggam batang tombak. Manakala tangan kiri pula kemas menggenggam gergaji tangan.

Belum sempat melolong jerit, mudah saja lelaki botak itu menghentak kepala Wanda dengan layangan siku. Wanda rebah ke lantai, separuh sedar dan separuh longlai. Gebar yang melindung tubuh tadi, direntap lelaki botak. Sekali lagi, lelaki itu menggila. Menghunjam mata tombak tepat ke celah vagina. Menusuk kejam hingga melewati setiap organ dalaman, dan terus mensasar sehingga ke celah rongga mulut. Wanda membeku, tiada nyawa. Dan darah yang mengalir keluar dari setiap rongga badan, ditenung lelaki botak itu dengan penuh teruja.

Rizal yang menyaksi adegan ngeri tadi terpempan beku. Panik menjalar ke segala tubuh. Manusia spesis apakah ini? Menggila sebegini? Rizal cuba melarikan diri. Namun entah kuasa apa yang lelaki botak itu ada, pantas saja dia merentap rambut Rizal yang lurus, sedikit panjang. Rentapan itu membenarkan Rizal dekat padanya. Rizal meronta cuba melepaskan diri.

Tolong saya bro....tolong...jangan bunuh saya....saya tak buat salah apa....tolong bro!

Pujuk rayu Rizal terus dipersetan. Entah nafsu apa yang datang, wajah Rizal ditenung penuh berahi. Di saat ini, hati Rizal mengecut persis sebiji kacang tanah. Tidak mengharap untuk selamat. Dan tiba-tiba, bibir Rizal dicumbu rakus. Seperti mana Rizal perlakukan pada gemulah Wanda tadi, begitulah yang lelaki botak ini lakukan pada Rizal. Rizal kelemasan. Tiada daya hendak melawan. Keras dan kuat!

Lidah lelaki botak itu terus memintal lidah Rizal hingga terputus dua. Darah meleleh titis membasah wajah dua lelaki ini. Rizal kian tidak bermaya. Malangnya, lelaki botak itu terus-menerus menyedut segala darah yang memercik keluar dari lidah sana.

Selang minit, bibir Rizal dilepaskan. Rizal longlai tanpa nyawa. Lelaki botak itu tidak membuang masa, pantas leher jinjang Rizal digergaji bertalu-talu. Darah merah segar memercik hingga mengena wajah. Dan di sekeliling dinding. Juga merata lantai.

Kepala lelaki ini wajib dibawa pulang. Sebagai kenang-kenangan....

*****

Hujan galak mencurah. Netty mematikan langkah. Niat tidak diteruskan. Lelaki botak itu ditinggalkan. Apa yang penting, dia merindui koko panas dan katil di kala ini.

Pasti Wanda dan Rizal sedang asyik berpeluk sesama sendiri. Maklum, sejuk.


Tamat


6/01/13

hujan - bahagian 1

4 ulasan:
Sejak pagi, hujan meleleh tanpa henti. Hingga ke malam ini, masih bersisa lagi. Netty tiada pilihan. Usai kelas, dia meredah malam yang penuh kebasahan. Mujur punya kot hujan. Sesekali, mata bundarnya dipicing kecil setiap kali terpancar denyar kilat. Serentak itu, guruh galak menghentam bunyi; Groom! Groooooom!

Di hadapan pandang mata, kelibat manusia berkepala botak dan bertubuh besar berdiri cegat di tengah hujan yang kasar. Netty membulatkan biji mata. Hairan, manusia apa yang berdiri di tengah hujan malam? Terpempan beku sambil menjinjit sesuatu. Sesuatu yang berjerumbai. Sesuatu yang mengalir titis.

Bila datang lagi denyaran kilat, Netty mengambil kesempatan untuk mengecam. Tertanya-tanya, apakah itu?

*****

Sudah berhari-hari khabar angin itu diceritakan para pelajar. Setiap hari juga, suratkhabar tempatan asyik mengulang-siar berita yang sama; Pembunuh bersiri galak mencari mangsa. Entah hendak percaya atau tidak, Netty sendiri buntu.

Kebanyakan mangsa bunuh adalah pasangan kekasih. Cara pembunuhan adalah sama. Disula dan dipenggal kepala. Aduh mak! Seriau aku baca paper hari ni.

Rungut Netty berbaur resah. Sengaja dia menyiku Wanda agar bertumpu pada berita yang dibaca. Wanda melepas keluh bosan. Lolipop berperisa gula getah itu dihisap bertalu-talu. Dia tidak mahu ambil peduli dengan apa yang berlaku. Malah, apa saja yang terjadi di kampus pun dia persetankan. Apa yang dia mahu tahu adalah Rizal sentiasa di sisi. Rizal yang dikasihi. Rizal yang dicintai.

Kau ni obses sangat dengan berita-berita bunuh macam ni…dahlah aku tengah bengang. Semalam, aku gaduh dengan Rizal. Sampai hari ni dia tak pujuk-pujuk aku.

Netty malas mahu ambil kisah. Dalam kotak fikir Wanda hanya Rizal. Sejuta kali ingatan dia hanya pada Rizal.

Hah, tu laki kau dah menjelma....panjang betul umur, kan?

Netty berlagak sinis sebaik melihat Rizal datang menghampiri. Tanpa mempedulikan sesiapa, Rizal merangkul Wanda dengan kemas. Sambil berbisik manja ke cuping telinga kekasih hatinya; Malam ini percuma tak? Dan serentak itu, Wanda menguntum senyum.

Mudah saja kau mengalah, walau dengan hanya sekali bisikan; getus hati kecil Netty. Tidak menunggu lama, dia beransur pergi.

Ok, guys. I got to go. I’ll stay at library, sementara tunggu kelas pukul 8 nanti. Ciao!

Wanda hanya membalas dengan kenyitan nakal. Pasti episod ini akan meleret hingga ke tengah katil nanti; Auww!

bersambung....

21/11/12

bukan milah tak nak abang...

4 ulasan:
“Milah tak boleh kahwin dengan abang Mail,”

Mail mendengus resah. Wajahnya jelas gusar. Kata-kata Milah tadi menghentam sanubari. Apa syarat yang Milah mahu letak, mampu saja dia tunaikan segala. Tapi Milah degil. Asyik menolak. Asyik kata, tak nak. Asyik kata, tidak. Mail tidak hodoh. Mail tidak miskin. Malah, duit berkepuk-kepuk. Tunggu masa saja untuk naik pelamin.

“Kenapa Milah? Apa kurangnya abang ni?”

Jemari Milah asyik saja menggentel hujung tocangnya. Dia mengeluh kesah. Wajahnya dilepas jauh ke arah budak-budak yang sedang leka bermain guli. Ada lima budak di situ, kelihatan ceria dan gembira. Sedang Mail, mengundang gundah di dalam hati; Kenapalah jual mahal sangat perempuan ini? Ajak kahwin pun liat?

“Abang tak kurang apa. Abang sempurna. Cuma....cuma Milah yang tak layak untuk abang,”

Mail hilang sabar. Begitulah Milah. Bila ditanya kenapa, jawapan diberi pasti berulang yang sama. Mail jelak.

“Bang muak dengan jawapan Milah. Beginilah, Milah jujur saja pada abang. Terus-terang saja. Abang janji untuk menerima dengan hati terbuka,”

Milah segera menoleh pandang ke arah Mail. Mata bundarnya terbuntang seketika.

“Betul abang sanggup terima?”

Mail mengangguk lemah.

“Bukan Milah tak nak kahwin dengan abang. Abang Mail kacak macam Aaron Aziz. Milah suka. Tapi, Milah tak nak abang takut....,”

Dahi Mail berkerut kedut. Hati mula kehairanan; Takut? Kenapa aku perlu takut pada gadis genit macam kau?

“Takut? Kenapa abang nak takut?”
“...sebab Milah makan budak,”

Mail mendengus marah; Loyar buruk pulak budak ni!

“Milah, abang tengah serius. Milah jangan buat lawak bodoh pula,”
“Betul bang. Abang tak percaya? Tengok ni....,”

Milah bergegas ke belakang rumah. Dicapainya parang tajam. Dan berkejar ke arah sekumpulan budak yang asyik bermain. Diheret bawa salah seorangnya dan serta-merta leher budak itu ditetak hingga bercerai kepala dari tubuh. Mail gelisah. Hampir muntah dia melihat darah merah menyembur keluar hingga terpercik mengena wajah. Milah tidak menunggu lama. Tenaga luar biasanya pantas saja melapah isi budak itu. Dan setiap isinya dilahap mentah. Wajah Milah merah berlumur darah.

“Abang Mail nak sikit? Sedap....,”

Mail rebah di situ juga.

18/11/12

seri

3 ulasan:
Lindap lampu jalan menggelap suasana. Akim melebar pandang mata, meliar sekeliling. Langit kelihatan legam. Mujur bintang berserak ke sana sini. Boleh menghibur diri sendiri. Namun seriau mula menguasai. Akim gelisah. Benarlah penantian itu satu penyeksaan. Dia sudah berjanji dengan Seri, untuk bertemu empat mata di hujung simpang ini. Di atas aspal beralas batuan konkrit. Tepat jam 12 tengah malam. 


Kau ni gila ke apa? Blind date tengah malam buta? Kau biar betul Kim.

Saiful meninggi suara. Membiar Akim termangu dengan soalan demi soalan yang dilontarkan. Kotak fikirnya kehairanan. Berjumpa di tengah malam? Hendak menyaksi malam bulan dipagar bintangkah?; Ceh! Ingat ini cerita P.Ramlee?

Dah lama bertangguh Pol. Setahun rancang, asyik tak jadi. Malam ni jelah peluang aku. Mana tau kot berhasil?

Kau ni gila Kim. Bercinta bagai nak rak. Tapi muka dia pun kau tak pernah tatap. Macam mana? Orang lain, setahun kenal dah boleh ajak kahwin. Kau? Nak jumpa pun, merancang sampai setahun.

Masih terngiang leter Saiful ke segenap ruang ingatan. Akim menggeleng kepala sendiri. Dia persetan dengan setiap butir kata kawan baiknya itu. Harapan dia menggunung tinggi. Mengenali Seri di depan mata sendiri.

Malam semakin menginjak masa. Asap nikotin itu dihisap acuh tak acuh. Puntung yang masih berbaki suku dicampak jauh. Selang minit, kelibat susuk tubuh giur terpacul di celah gelap malam. Akim merasakan kehadiran Seri. Seperti yang dijanjikan; Berbaju putih suci dan berambut panjang ikal mayang. Semakin lama semakin kujur tubuh itu menghampiri. Akim masih samar mengenal wajah. Terlindung di sebalik rambut panjang mengurai.

Akim...

Suara Seri bersipongang syahdu. Gerak langkahnya sangat perlahan. Bagai tidak menjejak bumi. Bagai terawangan. Akim mula terbata-bata. Berselang dengan rasa seriau yang makin berleluasa. Seri makin menghampiri. Makin mendekati. Perlahan-lahan mendongak, bertentang mata. Akim terpana, pempan beku seketika.

Dah lama tunggu? Maaf ya. Seri ada sedikit kesulitan tadi. Tengkuk Seri, masih tidak terpacak paku. Nah, Akim tolong pakukan?

Akim hilang sedar. Terus tak ingat apa.