Bukan
Fazli Zainol saja yang enak menikmati nasi kandar. Di sudut penjuru, Norman
Hakimi khusyuk meratah nasi kandar berlauk kari udang galah. Di ruang tengah, Iqram
Din sedap mengunyah telur ikan tenggiri sehingga terbuntang biji mata. Di tepi
pintu masuk, Roshan Nor teruja dengan
keping-keping papadom. Sekali gigit; Krupp!
Krapp! Kraapppppppppp! Bagaikan tak
tergambar keenakan.
Ruang
sempit dan hangat langsung mereka tak ambil peduli. Dek terpana dengan kelazatan
air tangan mamak-mamak di restoran Nasi Kandar Hassan ini. Mereka hanya sibuk
menggaul nasi, menyiat lauk dan menyuap segala apa di dalam pinggan. Hingga
licin. Tak tinggal satu sisa pun.
Usai penuh
tangki perut, masing-masing bersandar lesu. Tiada daya. Longlai tidak bermaya.
Tapi, masa harus dijaga. Habis makan, tak boleh tunggu lama. Belum sempat pun
kerusi panas, nasi di pinggan sudah licin. Tak seorang pun terhegeh-hegeh.
Semuanya sepantas kilat.
Sendawa
Fazli Zainol berbaur aroma kari. Tangannya masih kuat dengan bauan
rempah-rempah pekat hasil giling mamak-mamak Hassan. Fazli Zainol
tak menunggu lama. Sebaik bayar, Fazli Zainol bergegas keluar dari ruang hangat
dan sempit ini.
Belum pun sempat melangkah keluar, tangan Fazli Zainol direntap;
Mahu ke mana encik? Mahu lari
ke?
Fazli
Zainol terpinga-pinga. Nak lari ke
belakang, tak kena. Nak lari ke depan, sudah tentu kena tangkap punya;
Argh! Aku dah terkena!
Tak
lama kemudian, van jenazah penuh dengan umat Islam.
13 ulasan:
ehehe..mereka ni tak pernah insaf.. walau pun dimalukan dengan begitu.. walau pun syaitan dah diikat..tapi masih lagi tewas pada nafsu..
errr..tumpang tanya..adakah faraherda. razalan dan mommyfara org yang sama?
aroma nasi kandar fazli zainol tiba-tiba menusuk hidung..aduss..perlukah cari nasi kandar juga untuk berbuka pada hari ni??? tp kat semnyih ni mana ada nasik kandar sedapppp... (nangessss...sambil hentak2 kaki) ngeee
Assalamualaikum Fara
nasi kandar
itulah menunya
Selamat menjalani ibadah puasa
hahaha wat malu je :D
dengan van jenazah pulak dah...
takbir! jenuh nak cover muka dengan paper pulak lepas nih..
sapa nak disalahkan tu? nak kata setan..setan dah kena tambat kan?
terbaikkkk
y ni paling mantop
salam kenal.
rasakan depa naik van jenazah..
Berderau darah weh kalau naik.
Tapi serius, siapa Fazli Zainol? Ahh kenapa nama dia familiar sangat nii
belom mampuih lg dah merasa naek van jenazah...
Nice story! Terasa2 nasi kandar tu smp ke Peru :))
Catat Ulasan