Aku sudah berubah
Namun kau terus membisu
Aku tahu, tiada apa yang bagusnya aku
Akuilah…..
Desis hati kecil Alia,
bagai menjerit minta dilepaskan dari kesedihan. Perlahan-lahan kekecewaan itu
menghakis jasad. Meninggal serpih rangka yang sepi. Terketar-ketar tangannya
membakar segala kenangan yang ada. Alia tak mahu menyimpan lagi. Setiap
kenangan itu menjerut rasa. Boleh membawa mati!
Aku merayu
Berikan satu hari lagi
Untuk kau membelai
Untuk kau merangkul
Untuk kau mengucup
Sedalam dasar hatimu
Seakan batu besar
menghempas kepala, memecah kecai menyerak ke setiap ruang. Alia berguling resah
di atas ranjang. Membiar selimut berselerakan. Seakan tidak mahu lepas dari
kamar ini. Cuba
membayang kenangan datang bertandang, mengharap ia kembali menjadi realiti.
Hatiku pecah kerana kamu
Dan setiap serpihnya hilang nyawa
Hanya kau pengubat luka
Tapi siapalah aku?
Tiada siapa
Alia membelek setiap
kuntum mawar lusuh, yang sekian lama mengering di sudut meja. Setia menghiasi kamar
ini. Sesetia Alia menanti kepulangan cinta lelaki. Lelaki yang sudah pergi.
Pergi meninggalkan cinta. Membiar janji terbengkalai layu. Menoktahkan drama
cinta mereka.
Biarlah hati ini memudar warna
Biarlah hati ini menjadi buta selamanya
Biarlah aku terseksa kerana cinta
Biarlah airmata ini terus mengalir layu
….kerana aku sungguh cinta pada kamu.
Alia masih berbaring
lesu. Putaran kipas di siling diamati. Bosan, kelam dan kusam. Alia berputus
harap. Selamanya luka ini akan menjerut rasa. Selamanya ia akan menyeksa. Lelaki
itu sudah punya pengganti. Sudah tiada lagi ungkapan magis, Aku Cinta Kamu. Tak
akan ada lagi. Kosong.
Bukankah aku permaisurimu?
Bukankah itu janji kamu dulu?
Atau sekadar harapan palsu?
Letupan kuat
membingit ke setiap gegendang telinga. Berhamburan darah pekat ke segenap
ruang. Nyawa terbang melayang tanpa diberi amaran.
Sesiapa yang terjun dari bukit
membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahanam kekal di dalam
selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada
di dalam genggamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahanam
kekal di dalam selama-lamanya. Siapa yang membunuh diri dengan besi, maka besi
itu berada dalam genggamannya, dia akan menikamnya di perut di dalam neraka
jahanam, kekal di dalamnya selama-lamanya.
HR al-Bukhari dan Muslim
1 ulasan:
As salam Fara,
Nauzubillah...:(
Catat Ulasan