Anna berpaling dari Fazrin. Airmata mula menitis. Sengaja dia biarkan.
Aturan langkah menjadi pantas. Malah, lebih pantas dari biasa. Dia mahu lari
jauh. Jauh dari Fazrin. Jauh dari sesiapapun. Dia melewati penghadang
automatik. Menyumbat masuk pas token, dan terus maju ke arah landasan LRT.
Sedang Fazrin masih berdiri cegat di situ. Hanya memerhati kujur tubuh Anna
berlalu pergi. Dari awal, hingga hilang dari pandang mata. Dan dia mereguk liur
sendiri. Di bawah sedar, Laila datang menghampiri.
“Macam mana? Mahu gerak sekarang?”
Soal tanya Laila, membikin senyum dari wajah Fazrin. Namun, kelat tanpa
rasa. Laila turut menguntum senyum, lalu memberi isyarat pergi. Fazrin membulat
biji mata.
“Pergilah....kejar dia. Tak guna menahan hati,”
Ujar Laila, tanpa putus dengan senyuman. Fazrin menggeleng kepala.
“No...no Laila...cukuplah kisah I dan dia,”
“Are you sure?”
Bersambung...
1 ulasan:
Tak nak kejar? Betul ni tak nak?
Elok la tu, tak payah kejar. Beri la masa pada diri masing² untuk bertenang. Panjang jodoh, jumpa lagi.
Catat Ulasan