30/05/13

detik 365 - siri 6


Pagi ini seperti yang paling indah. Matahari memancar sinar. Burung-burung kecil bertempik kicau, nyaring namun menenangkan. Mereka adalah pemuzik yang menghibur alam semesta dengan konsert orkestra merdu. Dan bunga-bunga liar yang berkembang cantik itu adalah konduktornya. Menyusun nota-nota lagu demi kesempurnaan dan keseimbangan.

Entah kenapa bila semakin hampir waktu untuk dinikahkan, rasa rindu kian menebal dan membara. Larian tidak sampai 500 meter, Fazrin sudah berniat mengirim pesanan ringkas buat kekasih hati.

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Demi hari ini. Demi cinta ini. Aku harap masa itu panjang. Petiklah rusukku untuk kamu berlindung di bawah hati ini.

Sudah solat Subuh?

Fazrin menguntum senyum sendiri. Larian diteruskan. Sekejap menyusur di kaki lima. Sekejap lagi, melintas jalan yang tak putus dengan motosikal dan kereta. Dan bila melewati simpang jalan berlampu isyarat, Fazrin setia menunggu lampu merah untuk menerus gerak. Dia berlari dan terus berlari hingga cukup 20 minit. Janji kepada ibu wajib ditepati. Dia tidak mahu Mama Sal susah hati. Menunggu pulang dia di muka pintu. Hati orang tua tidak seanjal anak muda. Mereka mudah rapuh walau zahirnya tidak ditunjuk. 

Bersambung...

1 ulasan:

t.a.t.a berkata...

Okay, I still smell something. Just wonder what that would be is.