4/06/13

detik 365 - siri akhir

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8

Anna masih di sini. Di atas katil pengantin yang suram dan kelam. Menangis teresak-esak seperti anak kecil . Tak sudah meratap sepi; Kalau aku mampu kembali pada hari pertama dulu. Kalau aku tahu, dia sudah sekian lama mencintai aku. Tak mungkin 365 hari ini berakhir dengan sia-sia.

HARI PERTAMA

“Hey, kenapa menangis? Malu dipandang orang,”

Anna mendongak. Mencari arah datang suara. Di hadapannya, Fazrin berdiri cegat sambil menguntum senyum.

“Nah....kesat airmata kau dengan handkerchief aku,”

Fazrin menghulur lipatan sapu tangan berwarna biru. Anna tidak menolak. Dengan gelojoh, dia mengesat sisa airmata dan hingus yang dari tadi meleleh comot.

“Terima kasih. Sorry, kain kau kotor. Lain kali aku pulangkan, boleh?”

Ujar Anna usai tangisnya reda. Fazrin hanya mengernyih.

“It’s ok...kau nak simpan pun tak apa,”

Jawab Fazrin, ceria; Sebenarnya, aku dah lama perhatikan kau. Setiap petang pun, rutin kau pasti di sini. Pulang dari kerja atau kelas, entah aku pun tak tahu. Kalau bukan kerana airmata itu, tak mungkin aku punya kekuatan untuk mendengar suara kau yang lunak merdu itu.

“Simpan? Ok....,”

Anna mengernyih. Kekok dengan perkenalan ekspres ini. Namun, sedikit sebanyak menenangkan.

“Aku pergi dulu. By the way, thanks again for the handkerchief,"

Anna menunduk, tersipu-sipu malu. Fazrin mengangguk; Kau dah nak pergi? Come on Rin! Mintak nombor telefon dia. Pleasee!

“Ok,”

Ringkas tutur kata Fazrin. Membiarkan Anna beredar pergi. Meninggalkan dirinya yang masih menguntum senyum walau hakikat hampa. Jauh di sudut hati, dia amat berharap agar Anna berpaling ke arahnya dan meminta supaya perkenalan singkat ini dipanjangkan sampai bila-bila; Satu, dua, tiga, empat, lima....

Kecewa. Anna terus berlalu pergi. Bersama sapu tangan birunya; Kalau ada jodoh, kita mesti jumpa lagi!

2 ulasan:

t.a.t.a berkata...

Sad, but definitely sweet!

faraherda.razalan berkata...

Thanks sbb sudi baca n respond dr mule smpi habis. Actually, cerita ni dah lama terperam dlm simpanan. Mls betul nak publish dlm blog.

Klu bkn sbb awak, maybe blog ni pasif dgn kemalasan sy.

=D