“Milah tak
boleh kahwin dengan abang Mail,”
Mail mendengus
resah. Wajahnya jelas gusar. Kata-kata Milah tadi menghentam sanubari. Apa
syarat yang Milah mahu letak, mampu saja dia tunaikan segala. Tapi Milah degil.
Asyik menolak. Asyik kata, tak nak. Asyik kata, tidak. Mail tidak hodoh. Mail
tidak miskin. Malah, duit berkepuk-kepuk. Tunggu masa saja untuk naik pelamin.
“Kenapa Milah?
Apa kurangnya abang ni?”
Jemari Milah
asyik saja menggentel hujung tocangnya. Dia mengeluh kesah. Wajahnya dilepas
jauh ke arah budak-budak yang sedang leka bermain guli. Ada lima budak di situ,
kelihatan ceria dan gembira. Sedang Mail, mengundang gundah di dalam hati; Kenapalah jual mahal sangat perempuan ini?
Ajak kahwin pun liat?
“Abang tak
kurang apa. Abang sempurna. Cuma....cuma Milah yang tak layak untuk abang,”
Mail hilang
sabar. Begitulah Milah. Bila ditanya kenapa, jawapan diberi pasti berulang yang
sama. Mail jelak.
“Bang muak
dengan jawapan Milah. Beginilah, Milah jujur saja pada abang. Terus-terang saja.
Abang janji untuk menerima dengan hati terbuka,”
Milah segera
menoleh pandang ke arah Mail. Mata bundarnya terbuntang seketika.
“Betul abang
sanggup terima?”
Mail mengangguk
lemah.
“Bukan Milah
tak nak kahwin dengan abang. Abang Mail kacak macam Aaron Aziz. Milah suka.
Tapi, Milah tak nak abang takut....,”
Dahi Mail
berkerut kedut. Hati mula kehairanan; Takut?
Kenapa aku perlu takut pada gadis genit macam kau?
“Takut? Kenapa
abang nak takut?”
“...sebab
Milah makan budak,”
Mail mendengus
marah; Loyar buruk pulak budak ni!
“Milah, abang tengah serius. Milah jangan buat lawak bodoh pula,”
“Betul bang.
Abang tak percaya? Tengok ni....,”
Milah bergegas
ke belakang rumah. Dicapainya parang tajam. Dan berkejar ke arah sekumpulan budak
yang asyik bermain. Diheret bawa salah seorangnya dan serta-merta leher budak
itu ditetak hingga bercerai kepala dari tubuh. Mail gelisah. Hampir muntah dia
melihat darah merah menyembur keluar hingga terpercik mengena wajah. Milah
tidak menunggu lama. Tenaga luar biasanya pantas saja melapah isi budak itu.
Dan setiap isinya dilahap mentah. Wajah Milah merah berlumur darah.
“Abang Mail
nak sikit? Sedap....,”
Mail rebah di
situ juga.
4 ulasan:
Aum Milah! Aum!
da bace kt wk
best
orang lain suka makan durian crepe, dia suka makan budak. kemain milah
ni.
nice idea :)
amboi milahhhh.. selera nak yg sedap je yek..
errrrrr..gua pon rase nk muntah imagine byk darah tu...euuuuuww
Catat Ulasan