24/04/13

365 detik - 1

“Sudahlah Anna. Cukuplah drama tarik tali kau. Aku penat,”

Fazrin melepas nafas yang terdalam. Sengaja ditayang keluh di hadapan pandang mata Anna sendiri; dia tidak seperti dulu. Sejak tiba di sini pagi tadi, keadaannya tidak terurus. Kusut-masai. Selekeh. Tak terjaga.  Anna menunduk bisu. Kelu lidah untuk menerus kata. Terimbas kembali di masa dulu. Saat pertemuan pertama. Saat terjalin perhubungan akrab di antara dua jiwa; Kalau boleh, aku mahu lari ke masa itu. Aku mahu kembali pada pertemuan lalu.

“Tapi, aku tak berkenan dengan teman baru kau tu. Entah-entah, kougar? Cuma nak jadikan kau, anak ikan,”

Anna bersuara selamba setelah lama membeku. Bibirnya menjuih ke arah perempuan separuh usia, yang santai bersandar di tepi kereta buatan Jepun berwarna hitam. Fazrin ketawa sendiri, sambil menggeleng kepala. Jenaka dengan sikap kebudak-budakan Anna.

“Dahlah Anna. Aku tahu, kau datang pada aku sebab kau masih kecewa dengan kekasih lama. Dah berapa lama kita kenal? 10 tahun, kan? Bila kau sepi, kau datang pada aku. Bila kau sedih, kau datang pada aku. Tapi bila aku mahu berkongsi cerita, kau tak pernah ada masa untuk aku. Entahlah Anna. Dahlah! Aku malas nak cerita benda-benda lama. Merepek. Jomlah ikut kami ke KL. Ada event kat sana. Kau dijemput,”

Ujar Fazrin, berbaur emosi. Seboleh-boleh dia mahu menyembunyikan rasa kecewa, namun tiada daya. Anna menyuak rambut yang panjang. Mengernyih tanpa sebab.

“Tak apalah. Terima kasih. Aku tak nak jadi penyibuk. Kau pergilah. Aku ingat, aku nak balik,”

Bersambung....

1 ulasan:

Unknown berkata...

Yay 1st

tak sabarnya....

akcelli reader baru

dan terus membaca entry2 lepas kak fara

Thx =)